Today ~29 June 2011~ wednesday
Sila la bace ya!...>_<
Selama hayat kita sebagai manusia, ALLAH hanya memanggil kita sebanyak tiga kali sahaja, iaitu..:
Panggilan pertama adalah AZAN. Itu adalah panggilan ALLAH yang pertama. panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan ALLAH. Tetapi ALLAH masih fleksibel. DIA tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadangkala kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. ALLAH tidak marah seketika. DIA masih memberikan rahmat-Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat-Nya, sama ada umat-Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. ALLAH hanya akan membalas umat-Nya ketika hari KIAMAT nanti.
Panggilan kedua adalah UMRAH / HAJI. Panggilan ini bersifat halus. ALLAH memanggil hamba-Nya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran'. Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam....yang tidak ada wang menjadi ada wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul...ALLAH berkata, laksanakan umrah / haji bagi yang mampu.
Dan panggilan ketiga adalah kematian. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakkan perkara, ALLAH tidak memberikan tanda secara langsung dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu, manfaatkan waktu kita sebaik-baiknya. Jawablah tiga panggilan ALLAH dengan hati dan sikap yang HUSNUL KHOTIMAH... InsyaALLAH syurga adalah balasannya..
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'HURAISY' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibu bapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.
Setakat ni dulu aku dapat share ngan korang...bubye ye....
c u coming soon! ~ahak!~....
bubye my luvely blog!
hcy_dyanna yusof..
No comments:
Post a Comment