Tuesday, September 13, 2011

Hadapi Dengan Senyuman...

Keasingan dalam sebuah Kelukaan hati.. Tersenyum dalam secebis Kesengsaraan..(^_^)♥ 
Jadilah waktu ini yang terakhir seolah-olah tiada waktu lagi...(^_^)
Rasa sakit yang sedetik itu terasa bagaikan sehari, kenikmatan yang sehari itu bagaikan sedetik.
Malam yang bahagia itu terasa sangat pendek.. sedangkan malam yang penuh duka terasa amat panjang dan berat..(^_^)
Ada 3 doktor yang harus kita dekati...
1. melindungi diri
2. ketenangan
3. kegembiraan


Ada 3 musuh yang harus kita jauhi...
1. mengikut kata nafsu
2. jiwa kacau
3. putus asa..


Kita cemas bagaimana hari esok..tapi siapa yang menjamin datang nya hari esok..?? 
Kita bersedih kerana yang terjadi kelmarin.. tapi siapa yang mampu mengembalikan hari kelmarin..?


Ambil waktu untuk berfikir ~ itu adalah sumber kekuatan..
Ambil waktu untuk berdoa ~ itu adalah sumber ketenangan..
Ambil waktu untuk belajar ~ itu adalah sumber kebijaksanaan...(^_^)


Sesekali aku ingin menghiburkan hati dengan menghiburkan dia bukan untuk dia tertawa tapi memadai membuatkan dia tersenyum, itu sudah cukup membuatkan aku bahagia... kerana telah membahagiakan dia..(^_^)...

Tabah lah wahai hati...
Tertawa tika hati menangis... ~ tersenyum tika hati terguris...
Jika tali terlalu tegang, maka itu tandanya ia akan putus..
Jika malam sgt pekat, maka kegelapan itu akan segera pergi...
Jika urusan terasa semakin susah, itu ertinya kelapangan akan segera datang..
Tika itu lah kita akan merasa ketenangan dan kemudahan..(^_^)

Usahlah kita menjadi seperti lalat yang hanya hinggap di atas luka..
Usah kita terlalu suka di atas penderitaan org lain dan membicarakan aib mereka..dan berasa senang dgn kekeliruan mereka dan menginginkan kejatuhan mereka...(^_^)


Usah buat musuh kita gembira dgn kemarahan dan kesedihan kita kerana itulah yg di inginkan olehnya... Jangan biarkan keinginan mereka untuk mengeruhkan kehidupan kita...(^_^) 


Kawalah kemarahan kamu.. sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa, mengubah budi pekerti, memburukkan pergaulan, menghancurkan kasih sayang dan memutuskan tali silaturrahim,,(^_^)


Usah sesekali kita melukai perasaan seseorang atau kelopak tertentu.. Jadilah org yg mempunyai lidah yang selalu berkata benar, bertutur dgn lembut, berbahasa indah dan jadikan org yg ada di sekitar kita berasa aman...(^_^)

 Biarkan masa depan itu datang dengan sendirinya dan jangan terlalu cemas dengan hari esok.. Sekiranya kamu melakukan terbaik pada hari ini, pastikan hari esok akan baik juga...(^_^)


Apa yang telah berlalu, biarlah ianya berlalu... Apa yang telah pergi, biarlah binasa.. Jangan lah difikirkan apa yang telah berlalu, kerana ia telah pergi dan lenyap..(^_^)


Ketenangan itu hanya ada bersama ketika kita bersendirian..
Rasa aman itu hanya ada bersama tindakan ketaatan...
Cinta itu hanya ada bersama penetapan janji..
Kepercayaan itu hanya ada bersama kejujuran...


Kegembiraan itu memerlukan rasa aman..
Harta juga memerlukan sedekah..
Kedudukan memerlukan sokongan..
Kemuliaan memerlukan kerendahan hati...(^_^)


Berterima kasih lah pada org yang telah....
~ MELUKAI hati mu kerana dia telah membuat Hati mu KUAT / TABAH..
~ MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu makin Bijaksana..
~ MEMBENCI mu kerana dia yang mengasah KETEGASAN mu..
~ MENYAYANGI mu kerana itu ANUGERAH TERINDAH dlm HIDUP mu...(^_^)


Mulai dgn senyuman bersulam kerelaan hati memaafkan insan lain...
~ tika aku merasa kecewa.. aku mencari laut yang biru untuk di pandang...
~ air yg mengalir.. walaupun berjuta batu menghalangnya...
~ tika aku merasa sedih.. aku pandang ke arah langit...
~ dan sesuatu menyedarkan aku bahawa Allah sentiasa bersama...(^_^)
~ tika cinta ku di dustai n dilukai
~ aku x ingin pedulikan sakitnya
~ tapi jika cintamu merembeskan air mata ku
~ akan aku balasi dgn senyuman
~ kerana aku hanya ingin kamu tahu bahawa aku syg n cinta padamu..(^_^)


Secebis senyuman membawa seribu erti yang sukar di tafsirkan.. 
Senyum lah dengan seikhlas hati... agar org yg melihat nya turut tersenyum...


Princess Snow White..~ 
Beauty Lavender..~






No comments:

Post a Comment